Kau
bila mana kau perlu aku
aku tetap disini
usaha disisi
usaha menemani
konon jadi penyeri di hati
dengar tiap baris ayat dari hati
layan karenah walau kau angkat kaki
Tapi
bila mana kau dah tak perlu aku
jangan kau diam sepi
sampai aku penat layan rasa sendiri
kata pada aku
aku kan sedia lari
langkah pergi
kerana pintaku satu
lihat kau bahagia
bersama yang kau pilih
kerana pintaku satu
lihat kau bahagia
bersama yang kau pilih
Aku
dah lama sedia kaki untuk pergi
sebab aku tau itulah hakiki
tipu la sedih tiada di hati
tapi aku janji
aku kan usaha kebumi
semua duri-duri yang melukai
Hmm
sampainya hati....
Kau yang berjantina Lelaki?
0 comments:
Post a Comment
c0nteng-c0nteng