duapulohtujoh


duapulohtujoh buku puisi
buat masa ini
itu pun ada lagi dalam list yang plan nak beli
baru aku tau kemana terbang duit selama ini
sila makan buku fie....

lulus hujung tanduk



fiffy mana nie?
lulus tak test JPJ?
tak muncul2 terus.

'' fiffy dalam tempoh bertenang'' - Ayah


SKEM-1/7/2015


takut rindu



''sakit dia jangan sebarkan. kasihan. doakan''
rasa nak bukukan tiap baris ayat ayah
siap dengan tarikhnya sekali
beserta hari
takut rindu nanti-nanti


Begedil


macam ada masalah negara
tak nak lelap lah pulak
entah apa yang aku fikir
bukan pasal baru jumpa mayat pesawat terjunam
bahkan bukan juga pasal air banjir yang baru surut semalam 
tiba-tiba
entah kenapa begedil yang aku pikir
aah begedil yang makanan tu
bukan juga kepingin makan begedil
macam ada satu perasaan 
haihh susah nak kabarkan
macam nak buat satu rangkap puisi tentang begedil
entah kenapa
tapi nantilah
biar aku fikir 

angan-angan



Itu perempuan
dengan sneaker rabak cap ayam 
konon nak beli sneaker baru cap bintang
dalam poket cuma ada peninggalan
dari resit belian aiskrim yang semalam
dan penuh kupu-kupu yang berterbangan
angan-angan

guruh dan hujan


guruh dan hujan

itu aku punya teman

selalu menangis sambil bersebelahan dibisikkan pujukan suara hujan yang berjatuhan

seakan-akan menyuruh aku diam

 marah pun selalu bercakaran sama dengan suara guruh yang berdentuman

sepertinya juga suruh aku diam

tapi seringkali kalah bila guruh bertambah kemarahan 

cuba la bagi aku sekali sekala menang

biarlah sementara

kata teman?



Orang Ke-3


aku kurang suka adanya org yg ketiga
bukan yg memporak perandakan
tapi yang paling banyak menyoal tentang aku punya hal-hal kehidupan
blah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...