tiada persis aku


walau hina mana aku
walau keji mana aku
satu hari pasti kau rindu jahat aku
tiada jahat yang persis aku
kerana dimata kamu 
yang paling jahat pelakunya itu cuma aku





jingga ga ga


Bila petang awan jingga
lapar perut disebalik tshirt jingga
makan maggi kari kuah pun jingga
itu kau
aku tak suka warna jingga





Kalau la nama aku ber 'bin' bapa


Boleh ke aku kata?
aku tak suka jadi perempuan
tapi nampak jahil sangat 
macam tak cukup syukur
(Astaghfirullah....)

Aku bukan tak suka apanya aku sekarang
tapi perempuan punya hati lembik sangat 
sensitif nak mampus
sikit-sikit nangis 
bosan laaa
kalau la nama aku ber 'bin' bapa
mesti aku punya hati rock sikit
baru best kann..
Bole ke aku kata?

Penat jadi perempuan 
Letih jadi perempuan

Tapi tak rugi pun letih penat 
Kelebihan Allah bagi banyak sangat

redha dan syukur :)




Kemudian pun tidak apa



Terima kasih ya tuhan
atas setiap rasa bahagia
jangan lagi bagi air mata
beri sebanyak mana cinta
beri dia-dia dulu rasa manis bahagia
bahagia aku bila bahagia dia-dia 
aku kemudian pun tidak apa

Aku tidak apa-apa

:)








Aku sudah lali



Aku sudah lali ditanya kamu-kamu

Dulu aku sudah lali punya rasa rindu 

Kini aku sudah lali sama rindu 

Kerana aku sudah lali sama kejauhan itu


Aku sudah lali







Biar cuma sementara


Kita bertemu tidak sengaja..

Mungkin kita dibagi masa 
gembira sepuasnya
ketawa sekuatnya 
seperti pernahnya tiada kisah lama

Mungkin kita dibagi masa
cipta potret kenangan bersama
simpan dalam kotak jiwa
agar diingat nanti kisah kita sama2

Mungkin kita dibagi masa
tiada di sia walau sesaat
bila nanti dah tiada
ada juga yang bikin ketawa
sampai keluar air mata

Biarpun itu cuma sementara..






aku&angan2


Aku dan musik bersama angan2 ku
aku belum sampai tahap seyakin itu 
biar aku dan musik sekadar satu mainan 

cukup.




tenang



aku tak minta apa

tapi bila dia faham apa rasa aku

itu dah bikin tenang..

kau tulis Cuba



tulis Kenapa?

sebab aku dah mati dengan suara

sebab aku hidup dengan macam2 rasa

aku cuma guna kata untuk suarakan apa aku rasa

aku tau kita sama

kau tulis Cuba


^ ^,




dontWorry! :)



Kawan 
aku sukanya berjalan sendiri
naik teksi ke midvalley
kononnya berdikari
jangan dirisaukan aku sendiri
sudah terbiasa maybe
aku kan pulang dengan hati2
don't worry!

:)




Mungkin aku dah terlalu luka??



Mungkin aku dah terlalu luka??

Cuba-
aku kukuhkan raga
konkritkan jiwa
cermin diri apa yang tak sempurna
seikhlas senyum diukir cuba
tongkat yang berbekas patah disisi tersedia
berlatih jalan setegak yang bisa
ya! aku bisa.



Tiap kali dah sepertiga jalan
patah kembali tongkat yang tak sekukuh mana  
jatuh 
tersungkur tergolek macam biasanya
payah bangun aku paksa
sakit sangat tak terkata 
pura2 kuat bangun berdiri seperti tiada apa
ditutup kain tak nampak lukanya yang berdarah
biar orang tak tahu sakitnya bagaimana
senyum pun dah semasam cuka
tidak! aku tak bisa.



sebab aku dah terlalu luka..





Sebak


Sebak kenang nasib diri 
Makin hari makin tua
Jangan tanya kenapa tak sebahgia dia-dia
Bawa sabar sang hati
Masanya belum tiba
Allah dah simpan yang baek2 untuk dibagi nanti
Yakin dan terus menanti
In sha Allah, bahgia itu pasti 

:')

:'(








Hitam



Hitam
aku sukanya pada hitam
bukan sekadar warna 
tapi satu2 nya yang boleh cerita 
apanya aku luar dan dalam
aku dengan hitam dah sebati lama
hitam bukan warna kejahatan
fikir luar kotak cuba
hitam adalah HITAM


bingung?
tiada penerangan yang lanjut
cuba gali kenal
jelas hitam warna aku.




takdir



Berdiri perempuan kurus penuh lebam, 

Katanya, ini kesan disepak takdir, luka, 

Dan dia kulihat, terusan berdiri melawan takdir,

by: kurun

Bangunnnn


Terjaga. 
mimpi best malam td.
mata suam2 malas nak buka. 
dengar bunyi kipas laju je pasang full. 
sejuk. masih selubung selimut tebal kegemaran. 
masa ni la fizikal dengan emosi tak sependapat. 
badan tengah seronok berasmara dgn katil. 
kesedapan peluk bantal ketat2
tangan raba2 cari skandal yang selalu teman tido sebelah - telefon bimbit. 
owh,dah pukul 9.
 @#$%&!! 
harus ke kelas!










hariSabtu







hari SABTU

macam selalu
buntu
nak buat apa ntah tak tahu
duduk tepi bucu
atas bangku
cuma tengok kereta lalu
seiring dengan lagu
rindu pun sibuk datang ganggu

-___-"





Aku harus pulang



Esok da habis waktunya
waktu kebiasaan aku berjimba
seronok di sini tempat aku
suda tiba masanya
aku balik ke pangkal jalan
sebagai seorang yang belajar
dimana tekanan itu bukan tempat aku

Kini aku sini
esok aku sana
bila aku dah jejak sana
sedia emosi yang kuat itu seharusnya
supaya aku tak lagi-lagi jatuh 
ya, aku tau aku dah rapuh
tapi aku cuba untuk tak terus lumpuh

Bila aku dah sini
aku perlu satu buku baru 
muka surat kosong yang baru
lukis lagi cantik 
dari lukisan aku yang dulu
lukis orang 
bukan batu.



aku tau
aku harus pulang





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...