Gila sama


Baru balik beraya rumah teman ayah
esoknya merdeka
kau ajak gila-gila guna kamera
kononnya sebentar tapi lama
Ok, aku layan saja.

Aku pandang sana
Kau tengok mana?
Bercakaran sama
Lama-lama ketawa
hahahaha

: D














Bila perlu aku


Kau 
bila mana kau perlu aku
aku tetap disini
usaha disisi 
usaha menemani
konon jadi penyeri di hati
dengar tiap baris ayat dari hati
layan karenah walau kau angkat kaki

Tapi
bila mana kau dah tak perlu aku
jangan kau diam sepi
sampai aku penat layan rasa sendiri 
kata pada aku
aku kan sedia lari
langkah pergi
kerana pintaku satu
lihat kau bahagia
bersama yang kau pilih

Aku
dah lama sedia kaki untuk pergi
sebab aku tau itulah hakiki
tipu la sedih tiada di hati
tapi aku janji
aku kan usaha kebumi 
semua duri-duri yang melukai

Hmm
sampainya hati....

Kau yang berjantina Lelaki? 



Kau Mahu itu Bahagia?



Bahagia itu kau mahu?

Kau kata kau tiada bahagia?

Bukan tiada bahagia

Bahagia itu kita sama-sama cipta

Baru bahagia kita sama-sama rasa ~

hmm




nampak? kita bahagia bila sama2











Biar buruk....Asal Cinta


Eh, Apa kau nampak??

RABAK!
CACAT!
HODOH!
JELEK!
GILA!

Eh, cuba ko selak sikit dalamnya...
Haa!..nampak?
Orang bilang 
Biar buruk....Asal Cinta 

<3

Wif my lil sis Nana :)



Wif my lil bro Udin :)

Tirai


Nampak indah di depan pentas kan
Lindungkan saja guna tirai
Biar orang tak tahu
Betapa porak peranda dibelakangnya.






Kembaran





Memangnya si SEDEH itu tidak punya kaki sendiri?

Tak pndai lari pergi jauh dari si HATI? 

Apa memang si SEDEH itu memang kembaran si HATI sejak azali?





Potret Seorang Pelakon Pentas Dunia


Hebat sungguh engkau kawan,
Berdiam diri dan sabar melawan,
Amarah mendatang wuduk kau angkat,
Jernihkan suasana dengan senyuman,
Manis menguntum di bibir,
Keruh engkau halau sejauh mungkin.

Dalam senyuman itu aku tahu banyak rahsia,
Entah bila aku boleh melihat hati koyakmu terjahit,
Mungkin bila bahagia bertandang,
Tiada lagi engkau berasa kecundang,
Yang pastinya ia akan datang tanpa diundang,
Sabar menunggu giliranmu.

Diri mula rasa bosan menjadi penonton,
Cukuplah kawan tamatkanlah lakonan,
Aku tahu jiwamu rabak,
Ada sepihannya yang terkopak,
Lalu di sudut gelap engkau campak,
Butiran seperti kaca itulah duka.

Satu harapan seribu desiran,
Sinar bahagia pasti kau lukiskan,
Dalam sebuah potret yang engkau namakan,
"Inilah kehidupan, banyak celaka, banyak duka, banyak lagi lara",
Kenangan diheret ke sebuah potret,
Senyuman kembali bercahaya.

by: Cassem Yaccob



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...